Friday, April 17, 2009

L-Story 6:Chinex's Mystic Musician

Whoooooooooooooooaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

*gedebuk nangka jatuh*

Adoi, sakitnye badan. Apesal la kite kena jatuh atas tanah? Bukan kat atas orang ke, air ke, tak pun atas tilam. Sedap sikit. Leh wat baring2.

Kami sume bangun dan mengibas badan kami dari debu yang melekat. Tanahnye agak berdebu. "Ish, aku tak suka la macam ni. Asyik kotor je. Flora, kau leh tak bersihkan kami dari debu ni dari badan kami?" tanya hikaru.

"Boleh. No problem. Kacang je. Like eating ABC". Hadoi, speaking pulak dier ni. Seketika kemudian, Flora memusatkan elemennya ke tangannya. Kemudian, debu-debu di badan kami terbang ke arah bebola yang baru saja terbentuk dari tangan Flora. Flora berhenti mengumpul kuasa lalu sume debu itu jatuh ke tanah.

"Ha, kan selesa sikit. Tak perlu nak kibas-kibas. Thank you, Flora" ucap Hikaru. Takuya melilau-lilau kawasan sekeliling. Kami sume agak pelik dengan perlakuannya. "Takuya, ape yang kau tengah cari tu?" aku tanya.

"Korang tak rase pelik ke? Tadi kite transport tujuh orang, sekarang ni cume ade 6. Mane lagi sorang" jawabnya. Kami berasa pelik. Kami mengira orang yang ade.

1

2

3

4

5

6

Sape lagi sorang?

Tiba2, kedengarang suara yang samar kedengaran. Lama-kelamaan suara tu semakin jelas. Kami memandang ke atas dan....

*BONG!!!*

ADOI, AKU MALANG LAGI!!! Benda tu kemudian jatuh tak jauh dari tempat kami. Kami menuju ke arah benda tersebut dan... La, Dimjammer rupanya. Ingatkan ape tadi? Kalau Citry NurHailleyza atau Misytra Ngaummar jatuh dari langit ok jugak. Ini tak, Dimjammer yang jatuh. Matanya berpinar-pinar pusing.

"Adoi, raksasa ape la yang aku bunuh tadi" kata Dimjammer. APE?! KO KATE AKU RAKSASA?! SINI KO!!! AKU CIBAI MULUT KO KANG!!! Tapi Takuya dan Zoe dah halang aku. Sabar saje la. Sabar separuh dari iman.

Dimjammer bangun dengan lemahnya. Kakinya yang hanya satu tayar berpusing-pusing untuk mengangkat badan tuannya. "Fuhh, nasib baik la saya masih hidup. Kelihatan kita dah sampai ke Chinex". Kami memandang sekeliling dan berasa agak pelik. Macam mane dier kata ini Chinex? Macam tanah gersang je aku tengok. "Mari la aku tunjukkan, Budak Malang" kata Dimjammer dengan sinis. Geramnye!!! Apesal sume orang boleh baca fikiran aku?! Ni aku tak pusa ati ni!!!

Dia berjalan ke satu arah lalu berhenti. Dia melambai-lambaikan tangannya menyuruh kami datang ke arahnya. Kami sume berlari ke arahnya. Setibanya di sana, kami terkejut melihat apa yang ade di hadapan kami.

Sebuah bandar yang besar dan maju berada di hadapan kami. Kelihatan ramai orang yang lalu lalang. Fulamak, ade awek macam Maiyas Caring la. Fuhh, cun melecun. Cantik menarik tertarik kau memang TEMBAM.

"HOI!!! KAMU SUME DI SANA!!!" kedengaran satu suara dari belakang kami. Kami memandang ke belakang. Kelihatan 3 orang gadis yang cantik di hadapan kami.

"Ape yang kamu buat di kawasan kami huh?" kata sorang gadis. "Kami tak patut menceroboh kawasan ini" kata sorang gadis yang comel dengan suara yang lembut. Alahai, cutenye dier. "Baik kamu blah sekarang atau kami yang akan 'belah'kan kamu sume" kata sorang gadis yang tinggi lampai.

"Ini kawasan kamu? Maaf, kami tak tau ini tempat kamu. Kami jatuh dari langit dan jatuh di kawasan kamu. Kami tak sengaja" kata Takuya. "Oh, jadi kamu la yang jatuh dari langit tadi ye?" kata gadis yang comel tuu. "Hati-hati, mereka mungkin ahli Darklordes. Sume keluarkan senjata" arah gadis yang tinggi bagaikan ketua. Seketika kemudian, muncul senjata seperti alat muzik dari loket di leher mereka. Yang tinggi mempunyai seruling. Yang comel itu pula mempunyai harp. Manakala yang satu lagi mempunyai keyboard piano.

"Sume orang, bersedia" arah Takuya. Kami mengeluarkan Soul Gauntlet kami. Semasa kami ingin berubah, gadis yang tinggi itu bersuara. "Nanti, kami sume ni Soul Saviour ke?" katanya dengan penuh musykil. "Ya. kenapa?" jawab aku. "Adakah benar kamu Soul Saviour yang benar? Atau kamu seperti yang lain, hanya penuh dengan tipu muslihat sahaja?" katanya. Dia bersedia dengan senjatanya.

"Kami ada bukti". Kami menghulurkan lengan kami. Seketika kemudian, muncul tattoo yang bercahaya yang melambangkan elemen kami di lengan itu. Itu adalah tanda sebenar Soul Saviour. ketiga-tiga gadis itu terpegun. Mereka menghilangkan senjata mereka kemudian berlutut.

"Maaf, kami mencurigai kedatangan tuan sume" kata gadis yang tinggi. "Kami mohon maaf atas kekasaran kami" kata gadis yang comel itu. "Dan kami mohon maaf atas kekesalan kami tadi" kata yang satu lagi. "Takpe, kami maafkan" kata Hikaru dengan lemah lembut. Gadis itu memandang kami dengan wajah yang ceria. Mereka sume bangun lalu menuju ke arah kami. Jalan mereka cun melecun. Kalah model-model. Their hips don't lie. Terliur aku menengoknya.

Kemudian, Zoe datang ke arah aku lalu menampar aku. Aku tercampak sejauh 138321486483.38787519765213484313 km dari tempat aku berdiri. "PERVERT JOE!!!" jeritnya. Nasib baik aku jatuh di tempat aku kene tampar tadi. Kalau atas laut, tak tau la aku. Nampak betul kesan penampar Zoe tadi. Dia ni makan ape? Batu ke ape? "Aku makan besi la, budak malang" sinis Zoe. GRRRRR, sabar sabar.

"Kami bertiga menunggu kedatangan tuan sume" kata yang tinggi. "Kamu sume ni sape?" tanya Flora. "Kami adalah Guardian bagi negara Chinex. Sedia sume?" kata yang comel tuu. Mereka membuat backflip lalu berposing pada satu tempat. "Kami menjaga Chinex dengan Muzik". "Kami berlawan pejahat mengguna kuasa mystic". "Kami adalah....". Mereka melenggokkan badan lalu berkata "MYSTIC MUSICIAN!!! PENJAGA KEADILAN MUZIK DAN CHINEX!!!".

Kami sume macam....

*angin bertiup* -_-"

"Aku rase teknik tadi tak berapa sesuai la". "Yelah, aku rase macam gedik semacam. Kau pulak?". "Ntah la. Aku rase ok jer". "Ape ape pun, kamu sume belum perkenalakan diri kau sebagai individu. Sape name kamu?" tanya Hikaru. "Nama saya Lyra. Saya adalah ketua mereka" kata yang tinggi. "Nama saya Symphony" kata si comel. Wah, rupe comel, name pun comel. "Nama saya Metrona" kata yang lagi satu. "Kami ini ditugaskan untuk membawa tuan sume ke pengkalan kami" kata Lyra. "Malangnya tuan dah pun jumpa pengkalan tersebut" kata Symphony.

"Mane pengkalan tuu?" tanya Neo. "Di bawah kaki kamu la" kata Metrona. Bawah kaki kami? Bawah kaki kami tanah. Mane ade pengkalan Guardia.

-Wat pengetahuan sume, dlm cite ni ade dua pihak:pihak baik n pihak jht. Name kumpulan pihak baik ialah Guardia manakala pihak jht lak DarkLordes. Pihak jht ni sentiasa berade di mane2 dgn adenye tentera mereka, Darkloid. Pihak baik pun ade di mana2 dgn gelaran pasukan diberi Guardia Savers. Guardia Savers ni ade kumpulan tertentu. Mcm dlm episod ni, kumpulan Guardia Savers ialah Mystic Musician. Diorang ni pihak baik. Ape? Mane pihak jht? Tunggu la. Cite blom abis lg-

"Ade la. Cume ia muncul bile 'kunci' istimewa diguna, Tekao" kata Symphony. Wah, dia kenal aku. Dan dia tak panggil aku Budak Malang. Jap, chup, camne dier tau name aku? "Aku tau la. Name panggilan kau Budak Malang eh? Emm, lain kali aku panggil kau Budak Malang la" katanya lagi. Pulak. Dier pun leh bace fikiran aku. T_T

Lyra, Symphony dan Metrona berdiri dalam satu baris di hadapan kami. Kemudian, muncul kembali alat muzik yang mereka panggil senjata. Seketika kemudian, mereka mengalunkan satu lagu yang sungguh sedap didengar. Bagaikan kita di awangan.

Tiba-tiba, tanah yang kami pijak mula bergegar. Kami sume bersedia untuk bertindak. Tidak lama lepas tu, muncul satu bangunan dari bawah tanah, naik sikit demi sedikit ke permukaan bumi. Beberapa minit berlalu, bangunan itu muncul sepenuhnya. Di pintu gerbang bangunan itu terdapat lambang Guardia.

"Mari masuk cepat. Mistress nak jumpa kamu sume" kata Lyra. Mereka pun masuk ke dalam bangunan. Kami pandang sesama sendiri kemudian pandang hadapan kembali. Kami langkah perlahan memasuki bangunan itu. Saya berharap apa yang akan berlaku lepas ni adalah satu perkara yang mudah bagi kami.





BERSAMBUNG.......

No comments:

Post a Comment