'Ugh, mimpi ni lagi? Kenape slalu jadi macam ni? Aduh...'
'Teruskan perjuangan anda...'
'Ape?'
'Teruskan perjuangan anda... Perjuangan anda belum tamat'
Aku melihat kiri kanan. Di hadapanku terdapat seorang gadis berambut panjang bewarna putih. Dia membelakangi aku.
'Sape name kamu?'
'Saya terpaksa pergi...'
'Tunggu!!! Kamu blom jawab soalan saya!!!'
'Sebelum saya pergi, saya ada pesanan...'
Dia memandang ke belakang dan...
'WOI, TEKAO!!! BANGUN!!! NANTI KO TERLAMBAT LAGI!!!'
Muka dier macam abang aku?! Di tangan dier ade satu baldi air. Dia menghayung baldu itu dan...
SPLASH!!!
WHOA!!! WHOA!!! Sejuk giler!!! Sape yang simbah aku dengan air ni?!
"Wahai Putera Tidur, bangun cepat. Nanti kang terlambat lagi ke sekolah..." kata Hideoshi. Kalau yer pun abangku, JANGAN LA SIMBAH AKU DENGAN AIR!!! SEJUK TAU TAK!!! Hideoshi keluar dari bilikku tanpa meminta maaf. Aku termenung sebentar. Sape sebenarnye budak pompuan tuu? Dia tu penjahat ke? Kalau dia penjahat, kenape dia tolong aku?
Aku bangkit dari katil. Hadoi ai, habis basah katil aku. Macam mane aku nak buat ni? Aku fikir sekejap . . . . . . . . . . . HAH!!! Dapat idea! Kan aku ni mempunyai unsur air. Jadi aku boleh memanipulasikan air. Genius jugak ye aku ni. Kalah Alberto Engstaint. Aku pejam mata dan mengosongkan mindaku. Aku tumpukan fikiranku pada basah di katilku. Aku bayang yang aku 'mengangkat' air tu dari katil.
Aku buka mata. Memang btol ape yang aku sangka. Air yang saya manipulasi tu terapung di udara. Ape yang saya perlu buat ialah membuang air tu. Tapi, nanti aku dikatakan membazir. Aku fikir cara lain. Aku melihat sekeliling. Hmm, baldi yang abang aku gunakan. Ish, dier ni, lepas dah gune, tak nak simpan balik. Aku gerakkan air tu masuk ke dalam baldi. Selesai pun tugas.
Aku pergi ke tingkap lalu membuka langsir. Selamat pagi, dunia!!!
DUMM!!! DUMM!! DUM!!!
Aik? Hari dah nak hujan? Tadi bukan main elok jer. Takde ribut pun. Ahh, biar la. Kehendak Tuhan. Mane boleh lawan. Aku lihat jam. Hmm, pukul 6 pagi? Awal jugak yer aku bangun hari ni. Tak la tergesa2 nak pegi sekolah. Aku mencapai tuala aku lalu terus menuju ke tandas. Selesai mandi, aku balik ke bilik dan terus memakai seragam sekolahku yang aku-tak-sangat-cintakan.
Aku menuruni ke ruang makan. Kelihatan Hideoshi, Sakurako dan Hotohori sedang menjamah sarapan mereka. Ibu pula sedang memasak sesuatu, mungkin lauk untuk tengah hari ni.
"Selamat pagi, ibu". "Oh, selamat pagi. Awal kamu bangun hari ni" balas ibuku. "Iya, bu. Tadi ada orang buat Tekao mimpi 'basah'" kataku dengan selamba. Kelihatan muka abangku merah padam. "Ade orang buat kamu mimpi basah?" Ibuku mula curiga. "Tak. Maksud saya ada air liur orang tu kene muka saya. Itu yang membuatkan saya mimpi 'basah',mimpi yang saya kene basah di muka" aku cuba nak mengelakkan tidak persefahaman.
"Oh, begitu. Takpelah. Harap2 orang tu tak buat lagi. Kamu dah sarapan?". "Blom lagi, ibu. Baru nak sarapan" jawabku. "Baik kamu makan sekarang. Nanti makan tu sejuk. Tak sedap pula dijadinya" jelas ibuku dengan senyuman yang manis dan ikhlas. Dia seorang ibu mithali yang baik. Aku terus duduk di kerusiku. Di hadapanku terhidang roti, nasi, sayur, ikan kukus, teh panas dan puding sebagai pencuci mulut. Baik saya makan sekarang. Itadakimasu...
Nyam nyam nyam... Slurp... krup krap krup krap... Glug glug glug.... ahhhh....
"Wah, berselera nampak anak ibu makan" kata ibuku. "Btol tu, ibu. Macam anak raksasa" jelik Sakurako. Ape?! Anak raksasa?! Eei, tolong sikit. Sape anak raksasa sebenarnye? "Sakurako, tak baik kata begitu kepada adik kamu". Btol tu. Sayang la adikmu yang hensem ni. "Dah la. Tekao, kau punya lesen dah boleh guna. Kau boleh naik balik motorsikal kapcai kau tu" kata Sakurako.
Ape?! Biar btol?! Aku punye lesen dah tak kene tarik?! YAHOOO!!! Bestnye. Oh, motoku yang kurindui. "Bile dah dapat lesen tu, langgar la lagi pagar rumah orang sampai roboh. Tak pun biar sampai rumah tuu roboh" seloroh kakakku. Whatever, sis.
"Ibu, Tekao nak pegi dah". "Baiklah. Jalan baik2 yer. Tengok kiri kanan. Lampu merah berhenti tau?" pesan ibuku. Aku langkah pegi dari ruang makan ke garajku. Bila aku masuki saja ruang tu, aku mula mengingati ayahku. Dia gemar membaiki kereta. Kini, kereta tu pun dah bertutup. Tinggal kenangan saja. Dah, dah. No time to be sad. Time to be wild, baby.
Aku terus menuju ke motorsikal kesayanganku. Oh, motorku, I miss you so much. Muah2. Aku buka pintu garaj kemudian aku keluarkan motorsikal Hyandaki ZX 2500 aku. Pergh, lebat jugak hujan hari ni. Takkan aku nak pegi sekolah dalam keadaan basah kot? Aku harap sangat la kalau aku ade pelindung.
.
.
.
.
.
Pelik. Tadi hujan lebat. Sekarang tak hujan. Aku pandang atas. Kelihatan ade satu lubang ditengah-tengah awan tu. Ia btol2 di atas kepala saya. Mungkin ini juga salah satu kebolehan air. Cool.
Aku start motor aku dan terus pecut ke sekolah. Fuhh, dah lame tak rase angin membelai rambutku. Kan best kalau Citry Nurhailleyza naik motor aku. Aku leh jadi fofular.
Setiba di sekolah, aku letak motorsikalku di tempat letak motorsikal. Sekolahku ni special sikit. Dia ade parking kereta, parking basikal, parking motorsikal, landasan terbang, landasan jet pejuang, port kapal selam, stesen kereta api, pad helikopter dan banyak lagi la. Malas nak kira. Lepas je turun dari motorsikal, tiba2 ade orang sape dari belakang. Rupa2nya Makenji dan Sanzo.
"Yo, Tekao. Kau datang naik motorsikal kau balik. Ade berita baik ke?" tanya Sanzo yang gemar hip-hip-hop dan FRNB. "Ade. Aku dapat lesen aku balik". Kamu semua sorak lalu peluk satu sama lain. Oh God, we're so GAY!!! "Aku rase pelik la. Aku asyik rase yang sebelum ni sekolah kite pernah rosak akibat kene bom" kata Makenji. "Mane ade. Angan kau je tu" kataku, cuba melindungi sesuatu.
Sebenarnye, semasa episod 4, cite tu blom tamat lagi. Mase korang tengah syok tunggu episod 5, kitorang ade wat pembaik pulih sikit. Jocovich mengajar kami bagaimana untuk membaik pulih sekolah kami. Aku, Takuya, Neo, Zoe, Flora dan Hikaru perlu berpegang tangan kemudian menyebut satu mantera ini. Kemudian, lambang elemen kami bersinar kemudian muncul satu cahaya yang memulihkan keadaan sekolah kami. Selain itu, ia juga memadam ingatan orang yang mengetahui tentang kerosakan itu. Semua warga sekolah telah dipadamkan ingatan. Begitu juga dengan orang yang tinggal yang berdekatan dengan kawasan sekolah. Mereka juga dipadamkan ingatan juga keadaan yang rosak dipulihkan. Kesian ibu aku. Ingatannya dipadam. Ini pun demi kebaikan kami semua.
Berbalik kepada cerita, ketika kami dalam perjalanan ke kantin, tiba2 announcer sekolah memainkan lagu "Mari Bersihkan Tangan". Makenji dan Sanzo mula mengomel mengenai lagu ni. Lagu ni macam lagu budak2 kecik. Alamak, panggilan dari pengetua. Terpaksa la aku berlakon. "Aduh, aduh, sakitnya perut. Makenji, Sanzo, aku minta diri dulu yer. Bom aku dah nak hampir dilepaskan" lakon aku. Ape lagi, diorang pun cepat2 tutup hidung diorang. Yelah, sape la tahan bau 'hajat' manusia?
Aku terus lari dari mereka lalu menuju ke lorong rahsia sekolah. Di sekolah, terdapat lorong rahsia yang menuju ke HQ. Aku terus ke stor sukan sekolah. Di situ terdapat, satu lorong rahsia. Aku mencari2 lubang di sebalik tilam. Aha, jumpa juga. Aku terus terjun ke dalam lubang itu. Punye la gelap, lame pulak tuu. Tiba aje di HQ, aku terus menuju ke bilik ketua. Setiba di sana, kelihatan ahli yang lain telah tiba. Mereka semua telah berbaris di hadapan meja ketua.
"Akhirnya kamu semua datang juga" kata ketua kami, Mr. Tayakehashi. Dia menekan satu butang di mejanya lalu keluar satu skrin gergasi di dinding. "Buat pengetahuan semua, hujan telah berlaku di semua tempat. Ia bukan sahaja di negara kita, malah di beberapa negara. Hujan ini dipanggil Hujan Tropicla Artic" jelas Mr. Tayakehashi. Hujan Tropical Artic? Tak pernah dengar pun. Hujan Tropicana Life pernah dengar la.
Jocovich memasuki bilik itu, ditemani dengan satu robot. "Tuan, ini dia yang tuan mahukan" kata Jocovich. "Terima kasih, Jocovich. Kamu tak perlu susah payah membawa dia". Jocovich senyum malu. Mukanya merah padam. Kami semua senyum menahan gelak melihat gelagat Jocovich.
"Buat pengetahuan semua, robot di depan kamu ini seekor Beastra. Namanya Dimjammer. Dia menggunakan unsur Besi, Elektrik dan Bunyi" terang Mr. Tayakehashi. Robot itu mengangkat tangan kanannnya tanda salute. "Apa khabar? Nama saya Dimjammer. Saya berharap agar saya dapat membantu kamu" katanya. "Khabar baik. Kami ini pasukan SoulSaviour. Saya Takuya. Di kiri saya ini ialah Neo dan Tekao manakala di kanan saya pula Zoe, Flora dan Hikaru" jelas Takuya. "Ohh, jadi kamu la yang telah mengalahkan Ganon D. Terrabomboss? Sungguh mengagumkan" puji Dimjammer. Malu kami dibuatnya.
"Baiklah. Saya dapat tahu yang Dark Power kuat di negara Chinex. Kamu perlu segera ke sana. Di situ ada ejen cawangan Chinex yang akan menunggu kamu" kata Mr. Tayakehashi. Kami akan ke Chinex?! Kami tidak memiliki apa2 dokumen seperti pasport antarabangsa. "Jangan risau, Tekao. Kamu semua akan diberikan satu kad id yang mempunyai semua dokumen penting seperti ic dan pasport, tak kira domestik atau antarabangsa" kata Jocovich dengan senyum sinis. Dia ni, tak habis2 nak baca minda aku. Baru aku tau yang dia ade kebolehan baca minda. "Tau takpe" kata dia lagi. Ish, dier ni!!!
"Sebelum kamu bertolak ke sana, Flora, kamu ambil kad ini" kata Mr. Tayakehashi sambil menghulurkan satu kad kepada Flora. Flora mengambilnya dengan penuh tanda tanya. "Cikgu... Maksud saya, ketua, kad ini kad apa?" tanya Flora. "Kad ini dipanggil Soul Card. Ia membenarkan kamu membuat summon raksasa yang kamu telah kalahkan. Ingat tak lagi bahagian yang ditinggalkan Ganon? Bahagian itu kami ambil datanya kemudian menyimpan data itu ke dalam kad itu. Kad yang dipegang Flora adalah kad yang asli. Kamu semua akan menerima kad yang sama tetapi ia hanya peniruan sahaja. Malah, kekuatannya tidak sekuat kad yang asli" kata Mr. Tayakehashi dengan panjang lebar. Jocovich menyerahkan kami satu kotak dek berisi kad.
"Ketua, ini apa pula?" tanya Neo. "Itu adalah dek kamu. Di dalamnya terdapat pelbagai jenis raksasa. Kamu boleh menyerunya bila2 masa sahaja" jelas Mr. Tayakehashi. "Bagaimana ingin menggunakannya?" Tanya Hikaru pula. "Cuba kamu lihat di bucu kiri kad kamu". Kami semua lihat. Terdapat garis seperti barkod. "Barkod itu yang akan mengaktifkan kad kamu. Apa yang kamu perlu buat ialah scan barkod itu dengan Soul Scanner kamu. Bila kad itu diterima, baru penyeruan boleh dilakukan" jelas Mr. Tayakehashi lagi.
Tiba2, skrin di hadapan kami berbunyi.
ALERT! ALERT! DARK POWER HAS REACHED LIMIT!
"Cepat! Kamu perlu pergi ke Chinex sekarang!" Arah Mr. Tayakehashi. Kami solute dia kemudian kami terus menuju ke bilik SETT. Dimjammer dan Jocovich turut sekali. Kami perlu tiba ke Chinex dengan segera. Harap2 tiada apa2 yang buruk berlaku di sana.
BERSAMBUNG...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment